Video

Special Pre-Publication Offer

   Forms Of Business Entities In Malaysia
Regular Price : RM60.00(RM40.00)
   The Legal Clerk's Manual
Regular Price : RM70.00 (RM60.00)

MENGENAI KAMI

MAKLUM NIAGA diwujudkan untuk membantu peniaga/usahawan menjadi lebih peka dan prihatin tentang hal-hal perniagaan, terutamanya dari aspek pemahaman undang-undang berkaitan perniagaan, kesedaran akan pentingnya kemahiran, latihan dan pengalaman dalam perniagaan dan bagaimana untuk mendapat ilmu, maklumat dan pengetahuan mengenai selok belok perniagaan dan bantuan perniagaan di Malaysia.

Melalui maklumat, makalah-makalah dan penerbitan-penerbitan yang disediakan Maklum Niaga berharap dapat mencapai objektifnya untuk meningkatkan pengetahuan tentang perniagaan dikalangan para peniaga dan usahawan dengan berkesan.

Sebagaimana yang disenaraikan dalam daftar kandungan laman web kami maklumat mengenai hal-hal perniagaan, agensi-agensi penyelarasan perniagaan dan pengetahuan yang perlu dalam perniagaan dan juga maklumat perniagaan terkini dan bantuan yang disediakan akan kami cuba paparkan sebaik mungkin untuk faedah para peniaga dan usahawan.

Bagi mereka yang mencari sesuatu produk atau perkhidmatan sila buat carian di Direktori Maklum Niaga untuk menghubungi bisnes yang membuat atau menyedia produk atau perkhidmatan berkenaan.

SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA

Malaysia adalah sebuah Persekutuan yang terdiri daripada tiga belas negeri. Selain daripada kerajaan pusat setiap negeri mempunyai pemerintahannya sendiri. Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi raja berperlembagaan di mana sembilan negeri mempunyai raja masing-masing. Di antara raja-raja ini seorang Yang Di Pertuan Agong dilantik dari kalangan mereka setiap lima tahun.

Di dalam sesebuah Negara perlu wujud satu perlembagaan (dipanggil Perlembagaan Persekutuan di Malaysia) yang memperuntukkan kewujudan tiga organ pemerintahan iaitu Legislatif atau dewan perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.

Bagi kerajaan pusat atau kerajaan Persekutuan diperuntukkan untuk 222 orang dari seluruh negara dipilih dipilihanraya umum sekurang-kurangnya setiap lima tahun untuk menjadi ahli parlimen untuk menduduki Dewan Rakyat. Parlimen terdiri daripada Yang Dipertuan Agung, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ahli Dewan Negara yang berjumlah 70 orang Senator tidak dipilih di pilihanraya tetapi dilantik oleh negeri-negeri dan oleh Perdana Menteri dan mereka memegang jawatan selama tiga tahun dan boleh dilantik untuk satu tempoh tiga tahun lagi.

Untuk mentadbir negara seorang ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang DiPertuan Agong untuk mengetuai badan Eksekutif dan dia melantik menteri-menteri untuk menganggotai kabinetnya dari kalangan ahli Parlimen dan Senator untuk membantunya mentadbir Negara.

Oleh kerana sistem demokrasi Malaysia mengikut sistem demokrasi model Westminister Inggeris ketua pemerintahan iaitu Perdana Menteri dan anggota kabinetnya adalah juga ahli Dewan Perundangan iaitu Parlimen sama ada anggota Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Menteri-menteri yang dilantik Perdana Menteri akan mengetuai kementerian mereka masing-masing atau ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri dengan tugas-tugas khas. Timbalan-Timbalan Menteri juga dilantik untuk membantu Menteri-Menteri.

Perkhidmatan awam akan akur dengan keputusan Kabinet dan perlu mematuhi arahan-arahan menteri kabinet melalui ketua mereka iaitu ketua setiausaha kementerian masing-masing. Perkhidmatan awam yang juga merangkumi polis, tentera dan guru mempunyai Suruhanjaya-Suruhanjaya /Majlis masing-masing yang mengatur perjalanan mereka.

Perlantikan hakim-hakim bagi badan kehakiman diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Hierarki Mahkamah terdiri daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dengan hakim mereka masing-masing dengan Mahkamah Persekutuan berkedudukan teratas sekali. Mahkamah rendah terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Keputusan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen boleh dirayu kepada Mahkamah Tinggi dan keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu kepada Mahkamah Rayuan dan keputusan Mahkamah Rayuan boleh dirayu kepada Mahkamah Persekutuan dengan syarat kebenaran untuk merayu perlu diperolehi terlebih dahulu. Mahkamah-mahkamah ini mempunyai bidangkuasa masing-masing dari segi perkara dan nilai/jumlah wang yang terlibat. Perlembagaan Persekutuan juga mewujudkan Mahkamah DiRaja yang akan diwujudkan secara khusus sekiranya ada pertikaian yang melibatkan seorang dari Raja-Raja.

Selain daripada mahkamah-mahkamah diatas kita juga ada Mahkamah Perusahaan yang diberi tugas khas untuk mendengar pertikaian-pertikaian diantara majikan dan pekerja yang dirujukkan oleh Menteri berkenaan kepada Mahkamah Perusahaan untuk diputuskan. Kita juga mempunyai tribunal-tribunal seperti Tribunal Tuntutan kecil untuk mendengar tuntutan-tuntutan sivil yang tidak terjatuh dibawah bidangkuasa Mahkamah Majistret dan Tribunal Tuntutan Perumahan untuk mendengar tuntutan pembeli rumah terhadap pemaju sama ada dari segi kelewatan menyiapkan kediaman atau kediaman tidak dibina mengikut spesifikasi.

Tiap-tiap negeri mempunyai perlembagaan negeri masing-masing tetapi ianya hanya memperuntukkan tentang pemilihan ahli kepada Dewan Perundangan Negeri dan bagaimana Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik, iaitu dari kalangan ahli Dewan Perundangan tersebut yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Perundangan Negeri tersebut.

Dalam sesuatu Persekutuan ada pembahagian kuasa diantara Kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri. Parlimen dan Dewan Perundangan Negeri hanya boleh membuat undang-undang mengenai perkara-perkara dibawah bidangkuasa mereka masing-masing sahaja dan juga mengenai perkara-perkara dimana mereka mempunyai bidangkuasa bersama.

Oleh kerana kehakiman terjatuh dibawah bidangkuasa Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan negeri tidak mempunyai peruntukkan mengenai kehakiman sivil tetapi boleh membuat undang-undang mengenai kehakiman syariah kerana perkara agama Islam terjatuh dibawah bidangkuasa negeri.

Selain daripada sesuatu Perlembagaan sesuatu Negara juga perlu mempunyai undang-undang sivil yang memperuntukkan hak sivil rakyat dan juga undang-undang jenayah untuk memperuntukkan mengenai perbuatan-perbuatan yang merupakan jenayah yang perlakuannya perlu didakwa dan dihukum oleh Negara.

Undang-undang sivil kita tidak terkandung dalam suatu kanun khusus seperti yang terdapat dibeberapa negara Eropah tetapi Akta Kontrak kita memainkan peranan penting mengenai hak sivil kita. Kanun Keseksaan(Penal Code) kita memperuntukkan mengenai banyak perlakuan yang dianggap perlakuan jenayah yang perlu didakwa dan dihukum untuk menjaga keamanan dalam negara.

Undang-undang sivil dan jenayah kita berkuatkuasa atas semua individu di Malaysia tetapi undang-undang syariah hanya berkuatkuasa atas individu-individu Muslim sahaja.

Terdapat di dunia sekarang empat sistem undang-undang iaitu sistem undang-undang sivil, sistem undang-undang Common Law, sistem undang-undang sosialis (iaitu komunis) dan sistem undang-undang Islam.

Sistem undang-undang sivil terkandung dalam kanun atau buku statut khusus, yakni ianya bertulis. Sistem undang-undang sosialis juga bertulis tetapi ia berat kepada kepentingan Negara. Sistem undang-undang Islam berasaskan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad. Sistem undang-undang Common Law sebaliknya tidak bertulis tetapi bergantung kepada keputusan kes-kes yang telah diputuskan oleh hakim-hakim di Inggeris. Di bawah sistem Common Law Inggeris Perlembagaannya pun tidak bertulis iaitu ianya tidak boleh didapati dalam sebuah buku khusus seperti Perlembagaan Persekutuan kita tetapi untuk mengetahui Perlembagaan Inggeris, rujukan perlu dibuat kepada beberapa Akta Inggeris, Charter dan Konvensyen (iaitu amalan-amalan Negara). Prinsip Common Law yang terdapat dalam kes-kes Inggeris walaubagaimanapun termansuh dengan wujudnya undang-undang khusus yang diluluskan oleh Parlimen mengenai perkara yang berkaitan.

Sistem undang-undang yang terdapat di Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan ialah Common Law. Pemakaiannya walaubagaimanapun agak terhad kerana Malaysia mempunyai banyak undang-undang bertulis seperti Akta Kontrak dan Kanun Keseksaan. Common Law di Malaysia banyak terpakai di bidang undang-undang tort (iaitu kesalahan sivil seperti kecuaian) dan di bidang undang-undang ekuiti iaitu mengenai amanah dan sepertinya.

Banyak undang-undang dan peraturan mengenai perniagaan di Malaysia adalah bertulis iaitu terdapat dalam Akta-Akta yang diluluskan oleh Parlimen.

KABINET MALAYSIA TERKINI

Perdana Menteri : YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
Timbalan Perdana Menteri I : YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Timbalan Perdana Menteri II : YAB DATO’ SRI HAJI FADILAH BIN HAJI YUSOF

JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri : YB TUAN MOHD RAFIZI BIN RAMLI (EKONOMI)
Menteri : BELUM DIPUTUSKAN (TUGAS-TUGAS KHAS)
Menteri : YB DATO’ SRI AZALINA DATO’ OTHMAN SAID (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)
Menteri : YB SENATOR DATO’ SETIA DR. HAJI MOHD NAIM HAJI MOKHTAR (HAL EHWAL AGAMA)
Menteri : YAB DATO’ SRI HAJI FADILAH BIN HAJI YUSOF (HAL EHWAL SABAH DAN SARAWAK)

Timbalan Menteri : YB DATO’ HAJJAH HANIFAH HAJAR TAIB (EKONOMI)
Timbalan Menteri : BELUM DIPUTUSKAN (TUGAS-TUGAS KHAS)
Timbalan Menteri : YB TUAN M. KULASEGARAN A/L V. MURUGESON (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)
Timbalan Menteri : YB SENATOR DR. ZULKIFLI HASAN (HAL EHWAL AGAMA)
Timbalan Menteri : BELUM DIPUTUSKAN (HAL EHWAL SABAH DAN SARAWAK)
Ketua Setiausaha Negara : YBHG. DATUK SERI MOHD ZUKI BIN ALI

ALAMAT :
Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

NO. TEL : 03-8000 8000
NO. FAKS : 03-8888 3904
LAMAN WEB : www.jpm.gov.my

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

MENTERI : YB PUAN HANNAH YEOH TSEOW SUAN
TIMBALAN MENTERI : YB TUAN ADAM ADLI BIN ABD HALIM
KETUA SETIAUSAHA : YBHG. TS. DR. NAGULENDRAN KANGAYATKERASU

ALAMAT :
Kementerian Belia dan Sukan
Menara KBS,
No 27, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62570 Putrajaya

NO TEL : 03-8871 3333/03-8871 3000
NO FAKS: 03-8888 8770
LAMAN WEB : http://www.kbs.gov.my/

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

MENTERI : YB SENATOR DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL
TIMBALAN MENTERI I : YB DATUK SERI DR. SHAMSUL ANUAR BIN HAJI NASARAH
KETUA SETIAUSAHA : DATUK HAJI RUJI BIN HAJI UBI

ALAMAT :
Kementerian Dalam Negeri
Blok D1 & D2, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62546 Putrajaya

NO. TEL : 03 8886 8000
NO. FAKS : 03-88891613/03-88891610
LAMAN WEB : http://www.moha.gov.my/

KEMENTERIAN DIGITAL

MENTERI : YB TUAN GOBIND SINGH DEO
TIMBALAN MENTERI : YB DATUK UGAK ANAK KUMBONG
KETUA SETIAUSAHA : YBRS. TUAN FABIAN BIGAR

ALAMAT :
Kementerian Digital,
Aras 13 & 15, Blok Menara,
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya

NO. TEL : Belum Diputuskan
NO. Faks: Belum Diputuskan
LAMAN WEB : https://www.digital.gov.my/

KEMENTERIAN KERJA RAYA

MENTERI : YB DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI
TIMBALAN MENTERI : YB DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
KETUA SETIAUSAHA : YBHG. DATUK SERI HAJI HASNOL ZAM ZAM BIN HAJI AHMAD

ALAMAT :
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 1-14, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

NO. TEL : 03 8000 8000
NO. Faks: (603) - 2711 1101
LAMAN WEB : http://www.kkr.gov.my/

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN

MENTERI : YB TUAN NGA KOR MING
TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AIMAN ATHIRAH BINTI SABU
KETUA SETIAUSAHA : DATUK WIRA NOOR AZMAN BIN TAIB

ALAMAT :
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 51, Persiaran Perdana
Presint 4,
62100, Putrajaya, Malaysia.

NO TEL : 603-8000 8000
NO FAKS : 603-8891 5557
LAMAN WEB : http://www.kpkt.gov.my/

KEMENTERIAN KESIHATAN

MENTERI : YB DATUK SERI DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD
TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ LUKANISMAN BIN AWANG SAUNI
KETUA SETIAUSAHA : KOSONG (BELUM DIPUTUSKAN)

ALAMAT :
Kementerian Kesihatan Malaysia
Blok E1, E6, E7 & E10 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

NO TEL : +603 8000 8000
NO FAKS : +603 8888 6187
LAMAN WEB : http://www.moh.gov.my/

KEMENTERIAN KEWANGAN

MENTERI : YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
MENTERI I : YB SENATOR DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
TIMBALAN MENTERI : YB PUAN LIM HUI YING
KETUA SETIAUSAHA : DATUK JOHAN BIN MAHMOOD MERICAN

ALAMAT :
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 5 Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan
62592 WP Putrajaya

NO. TEL : 03-8000 8000
NO. FAKS : 03-8882 3893/03-8882 3894
LAMAN WEB : https://www.mof.gov.my/portal/ms/

KEMENTERIAN KOMUNIKASI

MENTERI : YB AHMAD FAHMI BIN MOHAMAD FADZIL
TIMBALAN MENTERI : YB PUAN TEO NIE CHING
KETUA SETIAUSAHA : DATUK MOHAMED FAUZI BIN MD ISA

ALAMAT :
Lot 4G9, Persiaran Perdana,
Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya, Malaysia.

NO TEL : +603 8000 8000
NO FAKS : +603 8911 5183
LAMAN WEB : http://www.kkd.gov.my/

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

MENTERI : YB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HASAN
TIMBALAN MENTERI : YB DATUK MOHAMAD BIN ALAMIN
KETUA SETIAUSAHA : YBHG. DATO’ SRI AMRAN BIN MOHAMED ZIN

ALAMAT :
Kementerian Luar Negeri Malaysia
No. 1, Jalan Wisma Putra,
Presint 2
62602 PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8000 8000
NO FAKS : 03-8889 1717 & 03-8889 2816
LAMAN WEB : http://www.kln.gov.my/

KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI

MENTERI : YB SENATOR DATUK SERI ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
TIMBALAN MENTERI : YB TUAN LIEW CHIN TONG
KETUA SETIAUSAHA : YBHG. DATO’ HAIRIL YAHRI YAACOB
ALAMAT :
Menara MITI,
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
NO TEL : 603-8000 8000
NO FAKS : 603-6206 4693
LAMAN WEB : http://www.miti.gov.my/

KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA

MENTERI : YB DATO’ SRI TIONG KING SING
TIMBALAN MENTERI : YB TUAN KHAIRUL FIRDAUS BIN AKBAR KHAN
KETUA SETIAUSAHA : YBHG. DATO’ ROSLAN TAN SRI ABDUL RAHMAN

ALAMAT :
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
No. 2, Menara 1,
Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

NO TEL : 03 8000 8000
NO FAKS : 03 8891 7100
LAMAN WEB : http://www.motac.gov.my/

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

MENTERI : YB DATO’ SRI HAJAH NANCY BINTI SHUKRI
TIMBALAN MENTERI : YB DATUK SERI DR. NORAINI BINTI AHMAD
KETUA SETIAUSAHA : YBHG. DATUK DR MAZIAH BINTI CHE YUSOFF

ALAMAT :
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
No.55, Persiaran Perdana
Presint 4,
62100 Putrajaya, Malaysia

NO TEL : 03-8000 8000
NO FAKS : 03-8323 2037
LAMAN WEB : http://www.kpwkm.gov.my/

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MENTERI : YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK
TIMBALAN MENTERI : YB TUAN WONG KAH WOH
KETUA SETIAUSAHA : DATO’ INDERA NIK NASARUDIN BIN MOHD ZAWAWI

ALAMAT :
Kementerian Pendidikan Malaysia
Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590, Putrajaya, Malaysia

NO. TEL : +603 8884 6456
NO. FAKS : +603 8884 6411
LAMAN WEB : www.moe.gov.my

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

MENTERI : YB SENATOR DATO’ SERI DR. ZAMBRY BIN ABDUL KADIR
TIMBALAN MENTERI : YB DATUK MUSTAPHA @ MOHD YUNUS BIN SAKMUD
KETUA SETIAUSAHA : YBHG. DATO’ Ir. ZAINI BIN UJANG

ALAMAT :
Kementerian Pendidikan Tinggi
No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200, Putrajaya, Malaysia

NO. TEL : +603 8000 8000
NO. FAKS : +603 8000 8001
LAMAN WEB : http://www.mohe.gov.my/

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

MENTERI : YB TUAN LOKE SIEW FOOK
TIMBALAN MENTERI : YB DATUK HAJI HASBI BIN HAJI HABIBOLLAH
KETUA SETIAUSAHA : YBHG. DATO’ JANA SANTHIRAN MUNIAYAN

ALAMAT :
Kementerian Pengangkutan Malaysia
No 26, Jalan Tun Hussein,
Presint 4,
62100 Putrajaya, Malaysia

NO TEL : 03-8000 8000
NO FAKS : 03-8888 0158
LAMAN WEB : http://www.mot.gov.my/

KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR

MENTERI : YAB DATO’ SRI HAJI FADILAH BIN HAJI YUSOF
TIMBALAN MENTERI : YB TUAN HAJI AKMAL NASRULLAH BIN MOHD NASIR
KETUA SETIAUSAHA : YBHG. DATO’ HAJI MAD ZAIDI BIN MOHD KARLI

ALAMAT :
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli,
Wisma Sumber Asli,
No.25 Persiaran Perdana,
Presint 4,
62574 Putrajaya, Malaysia

NO TEL : +603 8000 8000
NO FAKS : +603 8889 2672
LAMAN WEB : https://www.petra.gov.my/

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

MENTERI : YB DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI
TIMBALAN MENTERI : YB SENATOR PUAN HAJAH FUZIAH BINTI SALLEH
KETUA SETIAUSAHA : YBHG. DATO’ SERI MOHD SAYUTHI BIN BAKAR

ALAMAT :
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
No. 13, Persiaran Perdana,
Presint 2,
62623 Putrajaya, Malaysia

NO TEL : 603-8000 8000
NO FAKS: 603-8000 8000
LAMAN WEB : https://www.kpdn.gov.my/ms/

KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

MENTERI : YB DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
TIMBALAN MENTERI : YB DATUK CHAN FOONG HIN
KETUA SETIAUSAHA : YBHG DATO’ YUSRAN SHAH BIN MOHD YUSOF

ALAMAT :
Kementerian Perladangan dan Komoditi
No. 15, Aras 5-13,
Persiaran Perdana, Presint 2,
62654 Putrajaya

NO TEL : 03-8000 8000
NO FAKS : 03-8000 3482
LAMAN WEB : https://www.kpk.gov.my/kpk/

KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

MENTERI : YB DATUK AARON AGO ANAK DAGANG
TIMBALAN MENTERI : YB SENATOR PUAN SARASWATHY A/P KANDASAMI
KETUA SETIAUSAHA : YBHG DATUK AZMAN BIN MOHD YUSOF

ALAMAT :
Kementerian Perpaduan Negara
Aras 5-10, Blok F9, Parcel F
Lebuh Perdana Timur A, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

NO TEL : 603-8091 8000
NO FAKS : 03-8888 8584
LAMAN WEB : https://www.perpaduan.gov.my/index.php/bm/

KEMENTERIAN PERTAHANAN

MENTERI : YB DATo’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN
TIMBALAN MENTERI : YB TUAN ADLY BIN ZAHARI
KETUA SETIAUSAHA : YBHG. DATUK SERI ISHAM BIN ISHAK

ALAMAT :
Kementerian Pertahanan Malaysia,
15, Jalan Padang Tembak, KEMENTAH
50634 Kuala Lumpur.

NO. TEL : (60)3-2059 8400
NO. FAKS : (60)3-2691 1757
LAMAN WEB : http://www.mod.gov.my/

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

MENTERI : YB DATUK SERI HAJI MOHAMAD BIN SABU
TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ARTHUR JOSEPH KURUP
KETUA SETIAUSAHA : DATUK LOKMAN HAKIM BIN ALI

ALAMAT :
Blok 4G1 Wisma Tani,
No.28, Persiaran Perdana
Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62624 Putrajaya Malaysia

NO TEL : 03-8000 8000
NO FAKS : 03-8888 6020
LAMAN WEB : https://www.kpkm.gov.my/

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

MENTERI : YB TUAN CHANG LIH KANG
TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAJI MOHAMMAD YUSOF BIN APDAL
KETUA SETIAUSAHA : YBHG. DATO’ TS. DR. HAJI AMINUDDIN BIN HASSIM

ALAMAT :
Aras 1-7, Block C4 & C5,
Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan

NO TEL : (603) 8000 8000
NO FAKS : (603) 8888 9070
LAMAN WEB : https://www.mosti.gov.my/web/

KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

MENTERI : YB TUAN NIK NAZMI BIN NIK AHMAD
TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI HUANG TIONG SII
KETUA SETIAUSAHA : YBHG. DR. CHING THOO A/L KIM

ALAMAT :
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Blok F11, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

NO TEL : +603 8091 7000
NO FAKS : +603 8889 9987 / 03-8889 1040
LAMAN WEB : https://www.nrecc.gov.my/ms-my/Pages/default.aspx

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MENTERI : YB TUAN STEVEN SIM CHEE KEONG
TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI ABDUL RAHMAN BIN HAJI MOHAMAD
KETUA SETIAUSAHA : YBHG. DATO’ SRI KHAIRUL DZAIMEE BIN DAUD

ALAMAT :
Kementerian Sumber Manusia
Blok D3 & D4
Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

NO TEL : 03-8000 8000
NO FAKS : 03-8889 2381
LAMAN WEB : http://www.mohr.gov.my/

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

MENTERI : YB DR. ZALIHA BINTI MUSTAFA
TIMBALAN MENTERI : BELUM DIPUTUSKAN
KETUA PENGARAH : DATO’ INDERA NORIDAH BINTI ABDUL RAHIM

ALAMAT :
Jabatan Wilayah Persekutuan
Blok 1 & Blok 2,
Menara Seri Wilayah, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62100 Putrajaya

NO TEL : 03-8000 8000
NO FAKS : 03-8889 7957
LAMAN WEB : https://www.jwp.gov.my/

AGENSI DAN JABATAN KERAJAAN

BANK NEGARA MALAYSIA

GABENOR : DATO’ SERI ABDUL RASHEED GHAFFOUR

ALAMAT :
Jalan Dato’ Onn
P.O. Box 10922
50929 Kuala Lumpur
NO.TEL : 03-2698 8044
NO.FAKS : 03-2691 2990
LAMAN WEB : http://www.bnm.gov.my

JABATAN PEGUAM NEGARA

PEGUAM NEGARA : TAN SRI AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH

ALAMAT :
No. 45, PERSIARAN PERDANA
PERSINT 4
62100 PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8872 2000
NO FAKS : 03-8890 5670
LAMAN WEB : http://www.agc.gov.my

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM)

AKAUNTAN NEGARA : PN. NOR YATI BINTI AHMAD

ALAMAT :
ARAS 1-8, KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN NO. 1
PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
62594 PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8882 1000
NO FAKS : 03-8889 5821
LAMAN WEB : https://www.anm.gov.my/utama

JABATAN AUDIT NEGARA

KETUA AUDIT NEGARA : YBHG. DATUK WAN SURAYA WAN MOHD RADZI
ALAMAT :
ARAS 1-9, BLOK F2 & F3, KOMPLEKS F
LEBUH PERDANA TIMUR, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62000 PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8091 1000
NO FAKS : 03-8091 1454
LAMAN WEB : https://www.audit.gov.my/index.php

INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI)

PENGERUSI : DR. AZMAN BIN ISMAIL

KETUA PENGARAH : DATO’ DR MOHAMAD ZABAWI BIN ABDUL GHANI

ALAMAT :
IBU PEJABAT MARDI
PERSIARAN MARDI-UPM
43400 SERDANG
SELANGOR
NO TEL : 03-8943 7111
NO FAKS : 03-8984 3664
LAMAN WEB : http://www.mardi.gov.my

INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN

KETUA PENGARAH : DR ISMAIL BIN HJ PARLAN

ALAMAT :
JALAN FOXWORTHY, FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM)
52109 KEPONG, SELANGOR DARUL EHSAN

NO TEL : 03-6279 7000
NO FAKS : 03-6273 1314
LAMAN WEB : http://www.frim.gov.my

INSTITUT PIAWAIAN DAN PENYELIDIKAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (SIRIM)

PENGERUSI : DATUK IR (DR) KHAIROL ANWAR MOHAMAD TAWI
KETUA PENGARAH : DATO’ DR AHMAD SABIRIN BIN ARSHAD

ALAMAT : NO. 1, PERSIARAN DATO' MENTERI
P.O. BOX 7035, SECTION 2
40700 SHAH ALAM, SELANGOR
NO TEL : 03-5544 6000
NO FAKS : 03-5544 6694
LAMAN WEB : http://www.sirim.my/

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

KETUA PENGARAH : YAS DATO’ TS. NOR HISHAM BIN MOHAMMAD

ALAMAT : LEBUH WAWASAN, PRESINT 7
62250 PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8892 7600
NO FAKS : 03-8888 0025
LAMAN WEB : http://www.bomba.gov.my

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

KETUA PENGARAH : KOSONG – BELUM DIPUTUSKAN

ALAMAT :
JALAN SULTAN
46667 PETALING JAYA SELANGOR
NO TEL : 03-7967 8000
NO FAKS : 03-7955 0964
LAMAN WEB : http://www.met.gov.my

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

KETUA PENGARAH : DATO’ ANIS RIZANA BINTI MOHD ZAINUDIN

ALAMAT :
KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN NO. 3,
PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
62596, PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8882 2100/2300
NO FAKS : TIADA
LAMAN WEB : http://www.customs.gov.my

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

KETUA PENGARAH : NORAZMAN BIN OTHMAN

ALAMAT :
ARAS 6, 9-18, NO.55,
PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4
62100 WP PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8000 8000
NO FAKS : 03-8323 2045
LAMAN WEB : http://www.jkm.gov.my

JABATAN PENILAIAN & PERKHIDMATAN HARTA (JPPH)

KETUA PENGARAH : YBRS. SR. ABDUL RAZAK BIN YUSAK
ALAMAT :
ARAS 9, PERBENDAHARAAN 2
NO. 7, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62592 WP PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8886 9000
NO FAKS : 03-8886 9004
LAMAN WEB : https://www.jpph.gov.my/v3/ms/

JABATAN KESIHATAN

KETUA PENGARAH : DATUK DR. MUHAMMAD RADZI BIN ABU HASSAN

ALAMAT :
BLOK E1, E3, E6, E7 & E10, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62590 PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8000 8000
NO FAKS : 03-8888 6187
LAMAN WEB : http://www.moh.gov.my

JABATAN KIMIA MALAYSIA

KETUA PENGARAH : PUAN MARHAYANI BINTI MD SAAD

ALAMAT :
JALAN SULTAN
46661 PETALING JAYA
SELANGOR
NO TEL : 03-7985 3000
NO FAKS : 03-7985 3092
LAMAN WEB : http://www.kimia.gov.my

JABATAN PELAJARAN

KETUA PENGARAH : AZMAN BIN ADNAN

ALAMAT :
ARAS 8, BLOK E, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8000 8000
NO FAKS : 03-8884 6411
LAMAN WEB : http://www.moe.gov.my

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

KETUA PENGARAH : DATUK AEDY FADLY BIN RAMLI

ALAMAT :
ARAS 3-3, NO. 26, JALAN TUN HUSSEIN, PRESINT 4
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62100 WP PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8000 8000
NO FAKS : 03-8881 0194
LAMAN WEB : http://www.jpj.gov.my

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

KETUA PENGARAH : TAN SRI WAN AHMAD DAHLAN BIN HAJI ABDUL AZIZ

ALAMAT :
BLOK C1-C3, KOMPLEKS C,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8000 8000
NO FAKS : TIADA
LAMAN WEB : http://www.jpa.gov.my

KUMPULAN WANG PERSARAAN (KWAP)

PENGERUSI : DATUK JOHAN MAHMOOD MERICAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : PUAN NIK AMLIZAN MOHAMED
ALAMAT :
ARAS 11, SKYTECH TOWER 2
MKN EMBASSY TECHZONE
JALAN TEKNOKRAT 2, CYBER 4
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
NO TEL : 03-8887 8700/ 8887 8777
NO FAKS : 03- 8887 8770
LAMAN WEB : https://www.kwap.gov.my/my/pages/contactus.aspx

LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)
PENGERUSI : YBHG DATUK JOHAN MAHMOOD MERICAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : MOHD FARID BIN DATO’ HJ NAWAWI
ALAMAT :
NO. 9, KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN
PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62592 PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8880 1600
NO FAX : TIADA
LAMAN WEB : https://www.lppsa.gov.my/v3/my/

JABATAN POLIS

KETUA POLIS NEGARA : TAN SRI RAZARUDIN BIN HUSAIN

ALAMAT :
IBU PEJABAT PDRM
50560 BUKIT AMAN,
KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2266 2222
NO FAKS : 03-2070 7500
LAMAN WEB : http://www.rmp.gov.my

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : TAN SRI DATO’ SERI MOHD ZUKI BIN ALI

ALAMAT :
BANGUNAN KWSP,
JALAN RAJA LAUT
50350 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-8922 6000
NO FAKS : 03-2694 1391
LAMAN WEB : http://www.kwsp.gov.my

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

KETUA PENGARAH : YBHG. DATUK DR. ABU TARIQ BIN JAMALUDDIN

ALAMAT :
MENARA HASIL ARAS 18,
PERSIARAN RIMBA PERMAI, CYBER 8
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
NO.TEL : 03-8313 8888
NO FAKS : 03-8313 7801/03-8313 7806
LAMAN WEB : http://www.hasil.gov.my

LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA

PENGERUSI : TUAN MUHAMMAD FAIZ FADZIL
KETUA PENGARAH : EN. HAMDAN BIN MAMAT

ALAMAT :
ARAS 5, WISMA LKIM, JALAN DESARIA
PULAU MERANTI
47120, PUCHONG SELANGOR
NO TEL : 03-8064 9000
NO FAKS : 03- 8060 3726
LAMAN WEB : http://www.lkim.gov.my/

LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)

PENGERUSI : DATUK SERI AHMAD SHABERY CHEEK
KETUA PENGARAH : DATO’ AMINUDDIN ABDUL SATAR

ALAMAT :
MENARA FELDA, PLATINUM PARK,
NO. 11, PERSIARAN KLCC,
50088 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2191 2191
NO FAX : 03-2191 2590
LAMAN WEB : http://www.felda.net.my/

LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA)

PENGERUSI : KOSONG – BELUM DIPUTUSKAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : YBHG. DATUK SIKH SHAMSUL IBRAHIM SIKH ABDUL MAJID

ALAMAT :
MIDA SENTRAL
NO.5, JALAN STESEN SENTRAL 5
KUALA LUMPUR SENTRAL
50470 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2267 3633
NO FAX : 03-2274 7970
LAMAN WEB : http://www.mida.gov.my

LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)

PENGERUSI : YB. Ir. HJ YUSUF BIN HJ ABD WAHAB
KETUA EKSEKUTIF : YBHG. DATO’ SR MOHD ZAID ZAKARIA

ALAMAT :
TINGKAT 11, CIDB,
THE MET CORPORATE TOWERS,
NO. 20, JALAN DUTAMAS 2,
50480, KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-5567 3300
NO FAX : 03-4047 7070
LAMAN WEB : http://www.cidb.gov.my

LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA)

PENGERUSI : YB DATUK HAJI AHMAD JAZLAN YAAKUB
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : DATO’ IDRIS BIN LASIM

ALAMAT :
WISMA FELCRA,
LOT 4780, JALAN REJANG,
SETAPAK JAYA,
PETI SURAT 12254,
50772 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03 - 4145 5000
NO FAX : 03 - 4142 8162
LAMAN WEB : www.felcra.com.my

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)

PENGERUSI : YBRS DATUK LARRY SNG WEI SHIEN KETUA PENGARAH : YBRS TUAN SAIFUL BAHRI SALLEH

ALAMAT :
LEVEL 13-17, MENARA PGRM,
NO. 8, JALAN PUDU ULU,
CHERAS,
56100, KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-9282 2235
NO FAKS : 03-9285 1477/1744
LAMAN WEB : http://www.mtib.gov.my

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

PENGERUSI : YBRS. TUAN SHEIKH UMAR BAGHARIB BIN ALI

KETUA PENGARAH : MOHD KHAIRUZAMRI BIN M SALLEH

ALAMAT :
WISMA NANAS
NO. 5, JALAN PADI MAHSURI,
BANDAR BARU UDA,
81200, JOHOR BAHRU,
JOHOR
NO TEL : 07-2361 211/07-2351 337/587
NO FAKS : 07-236 5694/07-236 5451
LAMAN WEB : http://www.mpib.gov.my

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

PENGERUSI : YBHG. DATUK WIRA DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI
KETUA PENGARAH : YBHG. DATO’ AZHAR BIN ABDUL MANAF

ALAMAT :
IBU PEJABAT MARA
21, JALAN RAJA LAUT,
50609 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2613 2000
NO FAX : TIADA
LAMAN WEB : http://www.mara.gov.my

PERBADANAN EKONOMI DIGITAL MALAYSIA (MDEC)

PENGERUSI : YB TUAN SYED IBRAHIM SYED NOH
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : YBHG. MR. FABIAN BIGAR
ALAMAT :
MALAYSIA DIGITAL ECONOMY CORPORATION (MDEC) SDN BHD
2360 PERSIARAN APEC
63000 CYBERJAYA
SELANGOR
NO TEL : 03-8315 3000
NO FAX : 03-8315 3115
LAMAN WEB : https://mdec.my/ms/

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MyIPO)

PENGERUSI : YBRS. TS. DR. MOHD ZUHAN BIN MOHD ZAIN
KETUA PENGARAH : YBRS. TUAN KAMAL BIN KORMIN

ALAMAT :
UNIT 1-7, ARAS BAWAH TOWER B
MENARA UOA BANGSAR
NO. 5, JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2299 8400
NO FAKS : 03-2299 8989
LAMAN WEB : http://www.myipo.gov.my/ms/start/

PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (SME CORP)

PENGERUSI : TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA BERNARD GILUK DOMPOK
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : ENCIK RIZAL BIN DATO’ NAINY

ALAMAT :
TINGKAT 6, SME 1, BLOK B
PLATINUM SENTRAL
JALAN STESEN SENTRAL 2, KL SENTRAL
50470 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-7628 7400
NO FAX : 03-2775 6001
LAMAN WEB : www.smecorp.gov.my

PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA (MATRADE)

PENGERUSI : YB. DATO’ SERI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : ENCIK MOHD MUSTAFA ABDUL AZIZ

ALAMAT :
MENARA MATRADE,
JALAN KHIDMAT USAHA, OFF JALAN DUTA,
50480 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-6207 7077
NO FAX : 03-6203 7037
LAMAN WEB : http://www.matrade.gov.my

PERBADANAN PRODUKTIVITI NEGARA (NPC)

PENGERUSI : DATUK KAMARUZZAMAN JOHARI
KETUA PENGARAH : MR. ZAHID ISMAIL

ALAMAT :
LORONG PRODUKTIVITI
JALAN SULTAN, PJS 52, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR
NO TEL : 03-7955 7266
NO FAKS : 03-7957 8068
LAMAN WEB : http://www.npc.org.my/

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

PENGERUSI : YBHG DATO’ SERI SUBAHAN BIN KAMAL

KETUA EKSEKUTIF : DATO’ SRI DR. HJ MOHAMMED AZMAN BIN DATO AZIZ MOHAMMED

ALAMAT :
MENARA PERKESO
NO. 281, JALAN AMPANG
50538 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-4264 5000/03-4257 5755
NO FAKS : 03-4256 7798
LAMAN WEB : http://www.perkeso.gov.my

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA)

PENGERUSI : YB TUAN HAJI MANNDZRI BIN HAJI NASIB
KETUA PENGARAH : YBRS. ZAINAL AZNI BIN ZULKIFLI

ALAMAT :
BANGUNAN RISDA,
KM 7, JALAN AMPANG
KARUNG BERKUNCI 11067,
50990 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-42564022
NO FAX : 03-42576726
LAMAN WEB : www.risda.gov.my

LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA)

PENGERUSI : YBRS. TUAN HAJI AMINUDDIN BIN ZULKIPLI
KETUA PENGARAH : YBRS. ENCIK ABDUL RASHID BIN BAHRI

ALAMAT :
BANGUNAN FAMA POINT,
LOT 17304 JALAN PERSIARAN 1,
BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
NO TEL : 03-61262020
NO FAX : 03-61385200
LAMAN WEB : http://www.fama.gov.my
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)

PENGERUSI : YBHG. TAN SRI MOHAMAD SALIM BIN FATEH DIN

ALAMAT :
MCMC TOWER 1
JALAN IMPACT CYBER 6
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
NO TEL : 03-8688 8000
NO FAKS : 03-8688 1000
LAMAN WEB : http://www.skmm.gov.my

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)

PENGERUSI : YBHG. LEFTENAN JENERAL DATUK AHMAD NORIHAN BIN JALAL

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : ENCIK RUSLI BIN JAAFAR

ALAMAT :
MENARA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA,
CHANGKAT SEMANTAN, OFF JALAN SEMANTAN
BUKIT DAMANSARA
50490 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2083 4000
NO FAKS : 03-2083 4100
LAMAN WEB : http://www.skm.gov.my

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

PENGERUSI : YBHG. TAN SRI DR. MAZLAN BIN YUSOFF

ALAMAT :
ARAS 1-4, BLOK F9, KOMPLEKS F
LEBUH PERDANA TIMUR, PRESINT 1,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62526, PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8000 8000
NO FAKS : 03- 8871 7499
LAMAN WEB : http://www.spp.gov.my

AGENSI PENGANGKUTAN AWAM DARAT (APAD)

PENGERUSI: DATUK AZLAN SHAH BIN AL BAKRI

ALAMAT :
ARAS G, M DAN 20
MENARA TUN ISMAIL MOHAMED ALI,
NO. 25, JALAN RAJA LAUT
50350 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2603 6700
NO FAKS : 03-2726 7100
LAMAN WEB : http://www.apad.gov.my/ms

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

PENGERUSI : TAN SRI WAN AHMAD DAHLAN BIN HAJI ABDUL AZIZ

ALAMAT :
BLOK C1-C3,
KOMPLEKS C,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62520, PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8000 8000
NO FAKS : TIADA
LAMAN WEB : http://www.spa.gov.my

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

PENGERUSI : DATO’ MOHAMMAD FAIZ AZMI

ALAMAT :
NO. 3 PERSIARAN BUKIT KIARA
BUKIT KIARA
50490 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-6204 8000
NO FAKS : 03-6201 1818
LAMAN WEB : http://www.sc.com.my

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

PENGERUSI : YBRS. TUAN AHMAD SABKI YUSOF

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : NOR AZIMAH ABDUL AZIZ

ALAMAT :
NO.7, JALAN STESEN SENTRAL 5
KUALA LUMPUR SENTRAL
50623 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-7721 4000
NO FAKS : 03-7721 4001
LAMAN WEB : http://www.ssm.com.my

SURUHANJAYA TENAGA

PENGERUSI : KOSONG – BELUM DIPUTUSKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : ABDUL RAZIB BIN DAWOOD

ALAMAT :
NO.12, JALAN TUN HUSSEIN
PRESINT 2,
62100 PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8870 8500
NO FAKS : 03-8888 8637
LAMAN WEB : http://www.st.gov.my

TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA (TTPM)

PENGERUSI : TUAN SAIFULRIJAL BIN AZHARI

ALAMAT :
ARAS 5, PODIUM 2,
NO. 13, PERSIARAN PERDANA,
PRESINT 2,
62623, PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8882 5822
NO FAKS : 03-8882 5831
LAMAN WEB : http://ttpm.kpdnkk.gov.my

TRIBUNAL TUNTUTAN KOPERASI

PENGERUSI : PUAN SURAIYA BINTI MUSTAFA KAMAL

ALAMAT :
CHANGKAT SEMANTAN, OFF JALAN SEMANTAN,
BUKIT DAMANSARA
50490 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2083 4000
NO FAKS : 03-2083 4100
LAMAN WEB : http://www.shttp://www.skm.gov.my/index.php/my/tribunal-koperasikm.gov.my

TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAH

PENGERUSI : PUAN SUNITA KAUR JESSY

ALAMAT :
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN,
PERSIARAN PERDANA
PRESINT 4,
62100 PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8000 8000
NO FAKS: 03-8891 3182
LAMAN WEB : https://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/429?mid=543

PERNIAGAAN DI MALAYSIA

Sistem ekonomi yang terdapat di Malaysia ialah sistem kapitalis. Di bawah Kapitalisme pemilikan kekayaan oleh individu diiktiraf dan pemilikan modal dikuasai oleh swasta dan wang yang dilaburkan dalam perniagaan bermatlamat untuk membuat keuntungan.

Dibawah sistem ekonomi kapitalis pasaran adalah bebas dengan kewujudan persaingan dan daya atau kekuatan pasaran akan menentukan tawaran dan permintaan untuk barangan dan perkhidmatan dalam masyarakat.

Jadi untuk berniaga di Malaysia anda perlu modal (capital) dan dalam pembekalan produk atau perkhidmatan anda, anda perlu menghadapi risiko persaingan untuk mendapatkan permintaan untuk produk atau perkhidmatan anda itu.

Dalam sistem kapitalis dan ekonomi bebas seperti Malaysia anda boleh menceburi apa bidang perniagaan yang anda inginkan kecuali bidang-bidang yang memerlukan kelayakan khusus. Tanpa kelayakan yang diperuntukkan perniagaaan seperti perkhidmatan doktor, peguam, akauntan, arkitek, jurutera dan beberapa profesion lain anda tidak boleh melakukan kerja berkaitan melainkan anda telah terlebih dahulu mendapat kelayakan yang diperlukan seperti ijazah universiti atau kelayakan dan lesen profesional.

Selain daripada bidang-bidang profesional tersebut banyak bidang perniagaan lain yang boleh dilakukan tanpa kelayakan khusus seperti berjualbeli barangan, pembalakan, perlombongan, perikanan, perladangan, pertanian, penternakan, restoran dan kafe, peruncitan, pemborong, pengangkutan, pelancongan, perhotelan, tadika, pusat tuisyen, aplikasi pengkomputeran dan sebagainya.

Ekonomi pasaran menentukan perniagaan di Malaysia dimana pasaran bebas menguasai pembekalan barangan dan perkhidmatan.

Kuasa pasaran akan menentukan pembekalan dan permintaan dalam sesuatu pasaran. Kuasa pasaran mempengaruhi jualan dengan menyebabkan perbezaan pada harga-harga barangan.

Dari jenis-jenis perniagaan yang ditunjukkan diatas aktiviti perniagaan boleh dikategorikan sebagai pengeluaran hasil bumi seperti pembalakan, perlombongan, perikanan dan pertanian. Kategori lain adalah perindustrian seperti pembuatan, perkilangan dan pembinaan. Satu lagi kategori ialah perkhidmatan seperti perbankan, insurans, kedoktoran dan kejuruteraan. Kategori lain ialah perdagangan seperti perniagaan pembekalan secara borong dan peruncitan seperti pasar mini dan kedai, kedai runcit, pengiklanan dan perdagangan barangan.

Semua akitiviti perniagaan di atas saling berkait, kerana perindustrian membekalkan perdagangan dengan barangan untuk dijual dan perindustrian memerlukan perkhidmatan perdagangan untuk menjalankan fungsinya seperti pembekalan kepada pemborong dan peruncit dan juga memerlukan perkhidmatan seperti pengangkutan, pembiayaan kewangan, insurans dan pengiklanan.

Institusi kewangan perlu wujud untuk membiayai aktiviti perniagaan kerana modal individu biasanya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pembiayaan sesuatu perniagaan perindustrian.

Modal dalam perniagaan terdiri daripada modal peribadi yang dikeluarkan oleh usahawan sendiri dan modal pinjaman yang diperolehi daripada bank.

Untuk keperluan modal yang lebih banyak perniagaan dalam bentuk syarikat boleh mendapatkannya dari modal syer yang diperolehi dari tawaran syer syarikat untuk dibeli oleh orang ramai. Sebelum tawaran syer boleh dibuat kebenaran perlu diperolehi daripada pihak berkuasa berkaitan seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Untuk meluaskan pasaran dan memudahkan percairan syer modal syarikat, syer-syer syarikat boleh juga disenaraikan di Bursa Malaysia untuk memudahkan penjualan dan pembeliannya dalam pasaran sekundar (secondary market) selepas tawaran awam permulaan (initial public offer) syer tersebut oleh syarikat.

Perniagaan boleh dijalankan oleh seseorang itu sebagai tuanpunya tunggal dan perkongsian di bawah Akta Perndaftaran Perniagaan, 1956 dengan mendaftarkan perniagaannya dengan Pendaftar Perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Satu lagi bentuk perniagaan yang boleh didaftarkan dengan Suruhanya Syarikat Malaysia ialah perkongsian liabiliti terhad di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad, 2012.

Bentuk perniagaan yang popular ialah syarikat yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat, 2016 (dahulunya dibawah Akta Syarikat, 1965) dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Syarikat yang boleh ditubuhkan dibawah Akta Syarikat ialah syarikat persendirian berhad menurut syer, syarikat berhad menurut jaminan dan syarikat awam berhad. Syarikat yang boleh menjual syernya dengan membuat tawaran awam permulaan dan mengapungkan syernya dengan penyenaraian di Bursa Malaysia ialah syarikat awam berhad.

Koperasi yang ditubuhkan dibawah Akta Koperasi, 1993, dengan pendaftaran dengan Suruhanjaya Koperasi boleh juga menjalankan perniagaan.

Tuanpunya tunggal dan perkongsian tidak mempunyai identiti berasingan daripada pemilik atau pekongsi perniagaan itu, iaitu mereka bukan pertubuhan perbadanan (body corporate). Perkongsian liabiliti terhad, syarikat dan koperasi adalah pertubuhan perbadanan yang mempunyai identiti undang-undang tersendiri.

Perjalanan perniagaan di Malaysia adalah tertakluk kepada banyak undang-undang seperti undang-undang kontrak, undang-undang tanah, undang-undang hak cipta dan cap dagangan, undang-undang persaingan, undang-undang pihak berkuasa tempatan dan sebagainya.

Untuk menjalankan perniagaan sebagai pemaju perumahan anda perlu mematuhi peruntukan dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966. Sekiranya anda membuat produk kecantikan atau makanan kesihatan anda perlu mendapatkan produk itu diluluskan oleh Kementerian Kesihatan sebelum anda boleh menjualnya kepada orang ramai.

Mesin-mesin yang digunakan dalam perniagaan anda juga mungkin perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Kilang dan Mesin sebelum anda boleh menggunakannya dan pemeriksaan atas mesin-mesin tersebut mungkin perlu dilakukan oleh Jabatan tersebut tiap-tiap tahun.

Untuk berniaga dengan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad dan beberapa badan lain anda perlu memperolehi pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dan juga mendapat lesen-lesen daripada badan-badan tersebut dan perniagaan anda perlu memenuhi syarat-syarat mereka sebelum ianya boleh didaftarkan atau dilesenkan.

Untuk menjalankan perniagaan restoran umpamanya sama ada sebagai tuanpunya tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad, atau syarikat anda perlu mendapatkan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan, seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tetapi sebelum itu pelan premis anda perlu diluluskan oleh Bahagian Perancangan Dewan Bandaraya, Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan umpamanya. Jadi anda perlu dapatkan maklumat apakah keperluan-keperluan undang-undang yang perlu dipatuhi sebelum anda boleh menjalankan perniagaan anda itu.

Oleh kerana sesuatu perniagaan itu biasanya menggaji pekerja-pekerja, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan caruman PERKESO perlu dibuat untuk mereka. Perniagaan juga mungkin perlu mendaftar dengan Jabatan Kastam untuk memungut Cukai Jualan dan Perkhidmatan daripada pembeli bagi jualan dan pembekalan perkhidmatan kepada mereka untuk diserahkan kepada Jabatan Kastam sekiranya pendapatan perniagaan anda melebihi RM500,000 dalam sesuatu tahun. Perniagaan anda juga mungkin perlu mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk maksud membayar cukai atas pendapatan perniagaan anda.

MENCEBURI PERNIAGAAN

1. Mengenali Perniagaan

Sebelum anda menceburi dunia perniagaan anda perlu membuat persediaan dahulu.

Tahukah anda apa yang terlibat dalam perniagaan dan apakah persediaan yang perlu anda buat sebelum anda menceburi perniagaan sebagai seorang peniaga atau usahawan?

Perniagaan melibatkan urusan jualbeli.

Untuk menjadi usahawan anda perlu mempunyai produk atau perkhidmatan yang anda mahu jual. Tahukah anda cara membuat produk tersebut atau tahukah anda bagaimana anda hendak mendapatkan produk tersebut atau bagaimana anda hendak membekalkan perkhidmatan itu?

Dunia perniagaan luas, anda boleh menjadi peniaga kecil atau usahawan korporat besar.

Dibawah ini diutarakan beberapa faktor penting mengenai perniagaan.

2. Alasan untuk Menjadi Usahawan

Apakah alasan anda untuk menjadi usahawan, iaitu apakah matlamat anda untuk berkecimpung dalam perniagaan?

Antara alasan penting ialah anda mahu bekerja sendiri. Alasan lain ialah anda tidak mahu bekerja dibawah arahan orang tetapi mahu berjaya dengan keupayaan anda sendiri dan alasan paling penting ialah anda mahu jadi kaya melalui perniagaan dan mahu menyumbang kepada kesejahteraan keluarga, sanak saudara dan masyarakat sebagai usahawan berjaya.

3. Sifat-sifat Penting bagi Usahawan

Antara sifat penting yang perlu ada pada anda dari awal lagi sebagai usahawan ialah kemahiran dalam bidang perniagaan berkenaan. Kemahiran ini boleh diperolehi melalui kerja sebagai perantis (apprentice) dibawah seorang sifu seperti bekerja dibengkel kereta sekiranya matlamat anda ialah untuk jadi tauke bengkel kereta. Kemahiran ini boleh juga diperolehi dengan pembelajaran dipusat latihan teknik seperti GIATMARA Sdn Bhd, kolej pertanian atau politeknik.

IImu pengetahuan penting dalam perniagaan. Kemahiran melalui ilmu pengetahuan, latihan amali beserta pengalaman dan juga kebijakan dalam pengurusan amat penting untuk kejayaan seseorang usahawan.

Untuk berjaya dalam perniagaan seseorang itu perlu membuka mindanya untuk menerima tunjuk ajar dan tidak segan menimba ilmu dengan cara bertanya dan belajar.

Dari segi mental anda perlu menguatkan semangat untuk mengharungi halangan dan rintangan dalam dunia perniagaan. Anda perlu membuang sifat malu berjumpa atau berkomunikasi dengan orang sekiranya anda mahu berjaya dalam perniagaan. Jangan sesekali putus asa tetapi berusahalah dengan sabar dan tawakal.

Apakah sikap anda terhadap perkara penting dalam perniagaan? Perkara penting ini ialah bakal pelanggan anda. Siapa yang hendak membeli produk, barangan atau perkhidmatan anda itu penting di kaca mata anda. Memuaskan hati pelanggan dengan produk dan perkhidmatan anda mestilah menjadi objektif utama anda.

4. Perkiraan sebelum Menceburi Perniagaan

Sekiranya anda telah menentukan perniagaan yang ingin diceburi ada beberapa perkiraan yang perlu dibuat oleh anda.

Ada permintaankah untuk produk atau perkhidmatan anda itu?

Dimanakah permintaan untuk produk atau perkhidmatan itu?

Bolehkah dan bagaimanakah anda hendak membekalkan produk atau perkhidmatan itu?

Cukupkah pelanggan untuk produk atau perkhidmatan anda itu untuk mengekalkan operasi perniagaan anda?

Telahkah anda membuat kajian pasaran untuk produk atau perkhidmatan anda itu?

Apakah peluang pasaran bagi produk atau perkhidmatan anda itu?

Cukupkah modal anda untuk memulakan dan menjayakan perniagaan anda itu.

Dari segi ini anda perlu mengadakan terlebih dahulu rancangan atau pelan perniagaan (business plan) untuk dijadikan sebagai peta perjalanan (road map) bagi perniagaan anda itu.

Pelan perniagaan anda perlu merangkumi beberapa perkara seperti Senarai Kandungan, Ringkasan Eksekutif, Perihal Perniagaan yang diceburi, Matlamat dan Strategi, Latar Belakang, Perihal Produk/Perkhidmatan, Perihal Pasaran, Persaingan, Pemasaran dan Jualan, Pembuatan, Pengurusan, Pelan Kewangan, Anggapan-Anggapan (assumptions) dan faktor- faktor lain.

5. Persediaan Memulakan Perniagaan itu

Sekiranya anda telah menentukan perniagaan yang hendak anda ceburi adakah anda bersedia untuk membekalkan produk atau perkhidmatan anda itu?

Antara persediaannya ialah modal yang mencukupi, premis(tempat berniaga) yang sesuai, kakitangan yang mahir dan alat kelengkapan yang mencukupi.

Disinilah pentingnya untuk anda mengadakan pelan perniagaan untuk perniagaan anda itu.

Pelan perniagaan anda akan menunjukkan apa yang anda perlu buat untuk memastikan perniagaan anda itu akan berjaya.

6. Memilih Bentuk Perniagaan

Sebagai seorang individu anda boleh menjalankan perniagaan dalam bentuk tuanpunya tunggal (sole proprietor) yang perlu didaftarkan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Anda boleh juga menubuhkan syarikat persendirian berhad (private limited company). Sekarang ini dibawah peruntukan Akta Syarikat, 2016 anda boleh menubuhkan syarikat persendirian berhad yang mempunyai hanya seorang pemilik dan seorang pengarah. Sesuatu syarikat persendirian berhad perlu didaftarkan dibawah Akta Syarikat, 2016 dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Entiti perniagaan tuan punya tunggal tidak mempunyai entiti berasingan daripada tuanpunya tunggal itu berlainan dengan syarikat persendirian berhad yang merupakan sebuah pertubuhan perbadanan (body corporate) yang mempunyai status undang-undang tersendiri.

Sekiranya anda ingin berniaga secara berkongsi dengan seorang lain atau dengan beberapa orang anda bolehlah menubuhkan sebuah perkongsian dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan yang juga perlu didaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Entiti firma perkongsian tidak mempunyai identiti berasingan daripada pekongsi-pekongsinya dan entiti perniagaan ini ialah perkongsian konvensional. Perjalanan perniagaan perkongsian konvensional selain daripada pengawasan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga tertakluk kepada peruntukan Akta Perkongsian, 1961. Sejak tahun 2012 sebuah perkongsian boleh ditubuhkan sebagai perkongsian liabiliti terhad dibawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad, 2012 dan entiti perniagaan ini merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang menghadkan liabiliti pekongsi-pekongsinya tetapi perjalanannya lebih kurang sama dengan perjalanan perkongsian konvensional.

Jadi anda boleh menjalankan perniagaan anda sama ada sebagai seorang tuan punya tunggal, sebagai suatu perkongsian, sebagai suatu perkongsian liabiliti terhad atau sebagai suatu syarikat berhad. Syarikat berhad pula boleh beroperasi sebagai syarikat persendirian berhad atau syarikat awam berhad. Sebagai usahawan baru berniaga sebagai syarikat persendirian berhad memadai untuk anda kerana dengan penerimaan notis pendaftaran pemerbadanannya syarikat persendirian berhad boleh terus memulakan perniagaanya. Syarikat awam berhad sungguhpun telah menerima notis pendaftaran pemerbadanannya tidak boleh menjalankan perniagaannya melainkan syarikat tersebut telah menerbitkan prospectus atau menyediakan pernyataan menggantikan prospektus dan perakuan bahawa syarikat telah melakukan demikian telah diserahsimpan dengan Pendaftar Syarikat.

7.Keperluan Membuka Akaun Bank

Untuk menjalankan perniagaan anda perlu membuka akaun semasa (current account) dengan bank, kerana kebanyakan transaksi perniagaan melibatkan pengeluaran dan penerimaan cek dan pindahan dana (transfer of funds) secara online dan ini hanya boleh dilakukan melalui akaun bank. Anda juga mungkin perlu mendapatkan kemudahan bank seperti overdraf, pinjaman jangka tetap atau pembiayaan secara Islam.

8. Keperluan mendaftar Pekerja dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO)

Setelah anda memulakan perniagaan anda perlu mendaftar pekerja-pekerja anda dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) dan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) dan perlu membuat sumbangan bagi pekerja-pekerja anda tiap-tiap bulan kepada badan-badan tersebut.

9. Keperluan Menyimpan Akaun Perniagaan

Untuk mengetahui kedudukan kewangan perniagaan anda, anda perlu menyimpan akaun dengan betul. Sekiranya akaun anda disimpan dengan betul dari permulaan perniagaan anda banyak masalah dapat dielakkan.

Antara lain penyimpanan akaun yang sempurna dapat menunjukkan sama ada perniagaan anda memperolehi keuntungan atau mengalamai kerugian. Juga ia dapat menunjukkan sama ada perniagaan anda mempunyai pendapatan (revenue) melebihi RM500,00 setahun atau tidak kerana sekiranya perniagaan anda memperolehi pendapatan RM500,000 atau lebih setahun anda perlu mendaftarkan perniagaan anda dengan Jabatan Kastam untuk maksud memungut Jualan Barang dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax atau SST) daripada pelanggan-pelanggan anda untuk dibayar kepada kerajaan melalui Jabatan Kastam.

Lembaga Hasil Negeri (LHDN) boleh juga meminta anda menyerah akaun untung rugi perniagaan anda dan anda hanya boleh mematuhi kehendak LHDN sekiranya anda menyimpan akaun perniagaan anda dengan sempurna.

Dibawah peruntukan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad, 2012 dan Akta Syarikat, 2016 anda diperlukan menyimpan akaun perniagaan yang boleh menunjukkan kunci kira-kira dan akaun untung rugi. Kegagalan untuk menyiapkan akaun boleh mengakibatkan anda didenda sehingga RM500,000 dibawah Akta Syarikat, 2016.

10. Cara Mengusahakan Perniagaan

Anda boleh mengusahakan perniagaan anda dalam tiga cara.

Pertama, anda boleh memulakannya dari awal dengan menyiapkan produk atau membekalkan perkhidmatan anda, apa yang dinamakan sebagai start-up. Cara ini memerlukan anda memikirkan semasak-masaknya perkiraan/pertimbangan untuk memulakan dan mengendalikan perniagaan anda. Disinilah pentingnya satu pelan perniagaan disiapkan oleh anda kerana semua kerja dari A hingga Z perlu dibuat oleh anda sendiri.

Cara kedua ialah dengan anda membeli/mengambilalih suatu perniagaan yang sedia ada. Ada beberapa sebab mengapa seseorang usahawan itu mahu menjual perniagaannya. Antara sebab-sebabnya kerana faktor usia, keletihan, mahu berpindah, mahu membuat perniagaan lain atau kerana perniagaan tidak berapa menguntungkan atau mengalami kerugian. Alasan untuk menjual perniagaan itu perlu anda selidik dan laksanakan pemeriksaan due dilligence terlebih dahulu. Pastikan penyewaan premis perniagaan masih boleh diteruskan oleh anda, tentukan siapa pemiutang-pemiutang perniagaan itu, berapa jumlah hutang, sama ada anggaran keuntungan yang ditunjukkan benar atau tidak dan sebagainya. Sekiranya anda boleh menjangka apa sebab perniagaan itu tidak berapa maju dan anda boleh memajukannya dengan menyiapkan modal kerja yang cukup dan strategi pemasaran yang efektif dan anda merasai harga jualan perniagaan itu berpatutan anda bolehlah membeli/mengambilalih perniagaan itu sama ada dengan mengguna nama asalnya atau dengan nama perniagaan baru.

Cara ketiga ialah dengan membeli francais perniagaan. Sesuatu francais itu ialah perniagaan yang telah terbukti kejayaannya. Francais itu boleh datang dari luar negeri atau merupakan francais tempatan. Yang jelas perniagaan yang anda mengambil francais itu adalah perniagaan yang telah berjaya dan boleh membuat anda berjaya dengan anda melaksanakan model bisnes francais itu.

Dengan mengambil sesuatu francais itu anda perlu mengadakan modal yang cukup untuk membeli francais itu bagi lokasi yang ditetapkan dan anda sanggup mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) francais itu.

Dengan pembelian francais itu premis perniagaan anda akan disiapkan dan dilengkapkan mengikut kehendak pemberi francais itu dan anda dan pekerja-pekerja anda akan dilatih untuk menyiapkan barangan dan memberi perkhidmatan francais itu mengikut standard pemberi francais.

Bayaran francais tidaklah murah dan boleh mencecah RM1 juta atau lebih dan perniagaan francais kebanyakannya melibatkan produk makanan dan minuman (food and beverage) seperti Marrybrown, Secret Recipe, Oldtown Kopitiam, Cha Time dan sebagainya.

11. Mengurus Perniagaan Anda Dengan Berkesan

Sebagai usahawan yang menjalankan perniagaan anda perlu bijak menguruskan perniagaan anda.

Bagi perniagaan yang mudah seperti membuat dan menjual kuih atau menjual pisang goreng sebagai penjaja anda hanya perlu mendapatkan tempat ditepi jalan atau digerai untuk menjalankan perniagaan anda.

Kemahiran membuat kuih dan menyediakan pisang goreng yang sedap amatlah perlu.

Sebagai pembuat dan penjaja kuih anda hanya perlu menyediakan cukup modal untuk membeli tepung, telur dan bahan-bahan lain untuk membuat kuih anda. Setelah anda siap memasak kuih anda ianya hanya perlu dibawa ke gerai anda untuk dijual. Dari hasil jualan sesuatu hari itu anda perlu ketepikan amaun untuk modal kerja untuk perniagaan keesokkan hari dan selebihnya adalah pendapatan anda.

Bagi penjual pisang goreng modalnya pada permulaan adalah dapur dan kuali. Bagi modal kerja dia perlu mengadakan cukup modal untuk pembelian gas, minyak masak, tepung adunan dan pisang. Perniagaan bergantung banyak kepada bekalan pisang. Perniagaan juga tidak banyak perbezaan dengan perniagaan orang yang berjualan kuih.

Bagi perniagaan kuih muih, pisang goreng dan nasi lemak keenakkan makanan tersebut adalah faktor utama untuk memikat pelanggan. Faktor kedua ialah pemasaran dan penjenamaan. Sungguhpun produk anda baik, pemasaran dan publisiti perlu untuk memperkenalkan produk anda itu kepada pelanggan seperti jenama ‘Nasi Lemak Saleha’ pada nasi lemak bungkus.

Sekiranya anda mengusahakan bengkel kereta, kemahiran dalam ilmu membaiki kereta sangat perlu. Modal anda juga perlu mencukupi untuk anda membeli barangan ganti (spare parts), minyak pelincir dan sebagainya. Kemahiran anda membaiki kereta dengan baik akan memuaskan hati pelanggan anda dan dari mulut ke mulut mereka akan mengiklankan perniagaan anda.

Aliran wang tunai (cash flow) penting dalam perniagaan kerana ianya adalah nyawa perniagaan. Anda perlu sentiasa mempunyai wang yang cukup untuk membiayai operasi perniagaan anda kerana ketiadaan modal kerja akan mengakibatkan perniagaan anda terhenti dengan sendirinya.

Pastikan pendapatan anda mencukupi untuk membiayai operasi perniagaan anda dengan anda mempunyai lebihan yang merupakan keuntungan anda.

Anda perlu jujur dalam perniagaan. Jujur dengan pelanggan adalah dengan memberi perkhidmatan yang baik dengan harga yang berpatutan dan menepati jangkamasa penghantaran/penyiapan yang dijanjikan.

Sungguhpun kita mahir, pandai dan berpengetahuan sebagai peniaga jangan bersikap sombong atau angkuh dengan pelanggan atau dengan pekerja kerana cara cepat menghalau pelanggan dan pekerja dari perniagaan kita ialah dengan bersifat angkuh dan sombong dengan mereka.

Kebijakan dalam perniagaan ialah bagaimana kita menyelesaikan masalah. Selain daripada mengamalkan ilmu yang kita punyai kita juga perlu banyak mengguna otak atau common sense kerana banyak perkara boleh diselesaikan dengan menggunakan common sense.

Dengan kemahiran, ilmu, kecekapan mengurus kerja dan pekerja dan dengan modal yang cukup kejayaan anda dalam perniagaan lebih menyerlah.

BANTUAN PERNIAGAAN

1. GERAN

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI SAINS, PERUBAHAN IKLIM DAN ALAM SEKITAR

MENTERI : YB TUAN CHANG LIH KANG
TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAJI MOHAMMAD YUSOF BIN APDA
KETUA SETIAUSAHA : YBHG. DATO’ TS HAJI AMINUDDIN BIN HASSIM

ALAMAT :
Aras 1-7, Block C4 & C5, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
NO TEL : (603) 8885 8000
NO FAKS : (603) 8888 9070
LAMAN WEB : https://www.mosti.gov.my/web/

2. KHIDMAT NASIHAT

BANK PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA BERHAD (SME BANK)

PENGERUSI : DATO’ MUSLIM BIN HUSSAIN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : DATUK DR. MOHAMMAD HARDEE BIN IBRAHIM

ALAMAT :
MENARA SME BANK
JALAN SULTAN ISMAIL,
50250 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2615 2020
NO FAKS : 03-2698 1748
LAMAN WEB : http://www.smebank.com.my/

INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI)

PENGERUSI : DR. AZMAN BIN ISMAIL
KETUA PENGARAH : DATO’ DR MOHAMAD ZABAWI BIN ABDUL GHANI

ALAMAT :
IBU PEJABAT MARDI
PERSIARAN MARDI-UPM
43400 SERDANG
SELANGOR
NO TEL : 03-8953 6000
NO FAKS : 03-8959 6011
LAMAN WEB : http://www.mardi.gov.my

JABATAN PERTANIAN

KETUA PENGARAH : DATO’ NOR SAM BT ALWI

ALAMAT :
ARAS 7-17, WISMA TANI,
NO. 30 PERSIARAN PERDANA, PERSINT 4,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62624 PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8870 3042
NO FAX : 03-8870 3044
LAMAN WEB : http://www.doa.gov.my/

LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA)

PENGERUSI : YBRS. TUAN HAJI AMINUDDIN BIN ZULKIPLI
KETUA PENGARAH : YBRS. ENCIK ABDUL RASHID BIN BAHRI

ALAMAT :
BANGUNAN FAMA POINT
LOT 17304 JALAN PERSIARAN 1,
BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES, SELANGOR
NO TEL : 03-6126 2020
NO FAKS : 03-6138 5200
LAMAN WEB : http://www.mardi.gov.my

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

PENGERUSI : YBHG. DR. HASNITA BINTI DATO' HASHIM
KETUA PENGARAH : YBHG. DATO’ AZHAR BIN ABDUL MANAF

ALAMAT :
IBU PEJABAT MARA 21,
JALAN RAJA LAUT,
50609 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2613 2000
NO FAX : TIADA
LAMAN WEB : http://www.mara.gov.my

3. LATIHAN

INSTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA (INSKEN)

PENGERUSI : YBRS. TUAN HAJI MUSTAFFA KAMIL BIN AYUB
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : MUHD FIRDAUS BIN AZHARUDDIN

ALAMAT :
KAMPUS INSKEN, COPLACE 1,
2270 JALAN USAHAWAN 2,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
NO TEL : 03-8314 8800
NO FAKS : 03-8314 8900
LAMAN WEB : http://www.insken.gov.my/

JABATAN PERTANIAN

KETUA PENGARAH : DATO’ NOR SAM BT ALWI

ALAMAT :
ARAS 7-17, WISMA TANI,
NO. 30 PERSIARAN PERDANA, PERSINT 4,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62624 PUTRAJAYA
NO TEL : 03-8870 3042
NO FAX : 03-8870 3044
LAMAN WEB : http://www.doa.gov.my/

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

PENGERUSI : YBHG. DATUK WIRA DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI
KETUA PENGARAH : YBHG. DATO’ AZHAR BIN ABDUL MANAF

ALAMAT :
IBU PEJABAT MARA 21,
JALAN RAJA LAUT,
50609 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2613 2000
NO FAX : TIADA
LAMAN WEB : http://www.mara.gov.my

4. PEMBIAYAAN

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)

PENGERUSI : DATUK SERI (DR) SYED HUSSIAN BIN SYED JUNID
PENGARAH URUSAN : DATO’ MOHAMED SHAMIR BIN ABDUL AZIZ

ALAMAT :
MENARA AMANAH IKHTIAR,
NO 3 JALAN CEMPAKA SD 12/1A,
BANDAR SRI DAMANSARA PJU9
52200 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-6274 8810
NO FAX : 03-6274 8809
LAMAN WEB : http://aim.gov.my/

AMANAH INVESTMENT BANK BERHAD (MIDF)

PENGERUSI : DATUK MOHD NASIR ALI

ALAMAT :
LEVEL 21, MENARA MIDF,
82, JALAN RAJA CHULAN,
50200 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2173 8888
NO FAX : 03-2772 1911
LAMAN WEB : http://www.midf.com.my/

BANK KERJASAMA RAKYAT (BANK RAKYAT)

PENGERUSI : DATUK MOHD IRWAN MOHD MUBARAK
KETUA PENGARAH EKSEKUTIF : DATUK DR. MOHAMMED HANIS OSMAN

ALAMAT :
TINGKAT 8, MENARA 1,
MENARA KEMBAR BANK RAKYAT,
NO.33, JALAN RAKYAT,
50470, KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2612 9600 / 1-300-80-5454
NO FAX : 03-2260 1050
LAMAN WEB : http://www.bankrakyat.com.my

BANK PEMBANGUNAN MALAYSIA BERHAD (BPMB)

PENGERUSI : DATO’ SULAIMAN BIN MOHD TAHIR
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : RONI L. ABDUL WAHAB

ALAMAT :
MENARA BANK PEMBANGUNAN,
BANDAR WAWASAN,
1016, JALAN SULTAN ISMAIL,
PETI SURAT 10788,
50724 KUALA LUMPUR.
NO TEL : 03-2611 3888
NO FAX : 03-2698 5701
LAMAN WEB : http://www.bpmb.com.my/

BANK PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA MALAYSIA BERHAD (SME BANK)

PENGERUSI : DATO’ MUSLIM BIN HUSSAIN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : DATUK DR. MOHAMMAD HARDEE BIN IBRAHIM

ALAMAT :
MENARA SME BANK
JALAN SULTAN ISMAIL,
50250 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2615 2020
NO FAKS : 03-2698 1748
LAMAN WEB : http://www.smebank.com.my/

BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

PENGERUSI : DATO’ SERI DR. AWANG ADEK HUSSIN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : JAY KHAIRIL JEREMY ABDULLAH

ALAMAT :
WISMA BSN
117, JALAN AMPANG,
50450 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2162 3222 EXT 15481
NO FAKS : 03-2161 3703
LAMAN WEB : http://mybsn.com.my/

CREDIT GUARANTEE CORPORATION BERHAD (CGC)

PENGERUSI : DATO' AGIL NATT
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : DATUK MOHD ZAMREE MOHD ISHAK

ALAMAT :
BANGUNAN CGC, KELANA BUSINESS CENTRE,
97, JALAN SS 7/2,
47301 PETALING JAYA,
SELANGOR
NO TEL : 03-7806 2300
NO FAX : 03-7806 3308
LAMAN WEB : www.cgc.com.my

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

PENGERUSI : YBHG. DATUK WIRA DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI
KETUA PENGARAH : YBHG. DATO’ AZHAR BIN ABDUL MANAF

ALAMAT :
IBU PEJABAT MARA 21,
JALAN RAJA LAUT,
50609 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2613 2000
NO FAX : TIADA
LAMAN WEB : http://www.mara.gov.my

MBSB BANK BERHAD

PENGERUSI : DATO’ WAN KAMARUZAMAN BIN WAN AHMAD
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : RAFE HANEEF

ALAMAT :
WISMA MBSB
48, JALAN DUNGUN
DAMANSARA HEIGHTS,
50490 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2096 3000
NO FAX : 03-2096 3292
LAMAN WEB : www.mbsb.com.my

TEKUN NASIONAL

PENGERUSI : DATO’ ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF : DATO’ ADAM BIN ABD GHANI

ALAMAT :
T5-1-1, MENARA 5, LINGKARAN MAJU
JALAN LINGKARAN 2,
BANDAR TASIK SELATAN,
57000, KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-9059 8888
NO FAX : 03-9059 9292
LAMAN WEB : http://www.tekun.gov.my

DEWAN / PERSATUAN PERNIAGAAN

DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA (DPMM)

PRESIDEN : NORSYAHRIN BIN HAMIDON
SETIAUSAHA AGUNG : AHMAD YAZID BIN OTHMAN

ALAMAT :
ANJUNG MELAYU,
LOT 734, JALAN BUKIT PETALING,
OFF JALAN LAPANGAN TERBANG LAMA
BUKIT PETALING
50460 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2033 2233
NO FAX : 03-2033 2224
LAMAN WEB : http://dpmm.org.my/

PERSATUAN JARINGAN USAHAWAN WANITA BUMIPUTRA MALAYSIA (WENA)

PRESIDEN : SYIREEN ROSE MOHAMAD SHA’ARI
TIMBALAN PRESIDEN : ANJA JULIAH
ALAMAT :
B3A-11, MEGAN AMBASSY,
225 JALAN AMPANG,
50450 KUALA LUMPUR.
NO TEL : 03-2181 3203
NO FAX : 03-2161 0806
LAMAN WEB : http://www.wena.my

PERSATUAN PEDAGANG DAN PENGUSAHA MELAYU MALAYSIA (PERDASAMA)

PRESIDEN : ENCIK MOHD AZAMANIZAM BAHARON
TIMBALAN PRESIDEN : PUAN WAN KAMAZIRA WAN NGAH

ALAMAT :
NO. 25, JALAN BADMINTON 13/29
SEKSYEN 13,
40100 SHAH ALAM, SELANGOR
NO TEL : 03-5524 3112
NO FAX : 03-2095 3007
LAMAN WEB : http://www.perdasama.org.my

PERSATUAN WANITA BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN DAN PROFESYEN MALAYSIA (PENIAGAWATI)

PRESIDEN : YBHG. DATO’ EMMY SURAYA HUSSEIN
TIMBALAN PRESIDEN 1 : LATIFAH GHAZALI
TIMBALAN PRESIDEN 11 : EMMA KHALID
ALAMAT :
NW-03A-26, COVA SQUARE,
JALAN TEKNOLOGI, KOTA DAMANSARA,
PJU 5 47810, PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
NO TEL : 03-6158 1600
NO FAX : TIADA
LAMAN WEB : https://peniagawati.org/

ACARA DAN PROMOSI

Ringkasan Acara / Promosi
No Acara Tarikh Acara Bermula Tarikh Acara Berakhir Tempat Acara Penganjur
No Acara Tarikh Acara Bermula Tarikh Acara Berakhir Tempat Acara Penganjur
1MINGGU USAHAWAN NASIONAL 201929-08-201901-09-2019MALAYSIA AGRO EXPOSITION PARK SERDANG (MAEPS), SERDANG, SELANGOR.KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
2KARNIVAL USAHAWAN DESA 201917-10-201921-10-2019JALAN PERMODENAN (PERKARANGAN ISTANA KEHAKIMAN) PRESINT 3, PUTRAJAYAKEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
3HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN KEBANGSAAN 28-11-201901-12-2019PLAZA ANGSANA, JOHOR BAHRUKERAJAAN NEGERI JOHOR DENGAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI DENGAN LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (LPP)

PENGUMUMAN

Pengumuman
No Pengumuman Ringkas Pengumuman Terperinci Tarikh Kemaskini
No Pengumuman Ringkas Pengumuman Terperinci Tarikh Kemaskini
1DAPAT BUKU BENTUK-BENTUK BADAN PERNIAGAAN SECARA PERCUMA SEKARANG....ANDA BOLEH DAPATKAN BUKU BENTUK-BENTUK BADAN PERNIAGAAN SECARA PERCUMA DENGAN MENJADI AHLI DI MAKLUMNIAGA.COM.MY...2019-12-06 00:21:33
2BUKU SOFT SKILLS TULISAN DATO SALLEH BUANG INI BOLEH DIPEROLEHI DGN HARGA ISTIMEWA RM15(HARGA BIASA)BUKU SOFT SKILLS TULISAN DATO SALLEH BUANG INI BOLEH DIPEROLEHI DGN HARGA ISTIMEWA RM15(HARGA BIASA RM30) APABILA ANDA MENJADI PELANGGAN DIREKTORI BISNES MAKLUM NIAGA 2019-12-05 23:48:46

HUBUNGI KAMI

Maklum Niaga (002168015-K)
No. 57-1, Jalan Wangsa Delima 5,
Pusat Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

Tel: 018 6636 736 / 03-4131 3175
Faks: 03-41494226

Laman Web : http://www.maklumniaga.com.my
Pegawai untuk dihubungi : Yahya Abd. Rahman (012 389 5137)